Sunday, 22 November 2015

Khasiat, Kebaikan dan Kelebihan Habbatussauda @ Black Seed


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)




Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan dikawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat mengenai kelebihan dan khasiat habbatus sauda ini.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan dan mempunyai banyak kelebihan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.




CIRI-CIRI UTAMA HABBATUSSAUDA

1. Nilai pemakanan dari Habbatus Sauda
    Habbatus Sauda kaya dengan : monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
    polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA).
    
   EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino     acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.


2. Sistem imunisasi daripada Habbatus Sauda
    Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem           imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser,         AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.


3. Anti-histamine
    Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan               kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein               kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.
    Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda               mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
    Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh     itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
    Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus Sauda             didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna         habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan       masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
    Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit           asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit             merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
    Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran         susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.




Cara Pengambilan Habbatus Sauda

Rahsia kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan pengambilan yang berterusan dan dalam dos yang mencukupi. Ia mesti diamalkan secara berjadual dan konsisten. Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit akan sembuh dari 3 bulan sehingga 1 tahun.

Bagi mereka yang berpenyakit seperti kencing manis contohnya, untuk mendapatkan kesan yang baik, ambillah 3-6g minyak habbatus sauda sehari dengan masa yang dijarakkan dengan sekata. Contohnya makan 1g minyak habbatus sauda setiap 4 jam. Jadi, dalam masa 24 jam kita akan memakan sebanyak 6g minyak habbatus sauda.

Saudara dicadangkan mengambil minyak dan bukannya biji habbatus sauda kerana minyak lebih mujarab (potent) dari biji. Untuk 6g minyak habbatus sauda, saudara mungkin perlu memakan sekurang-kurangnya 6 sudu teh biji habbatus sauda. Persoalannya, mampukah saudara berbuat begitu. Saya fikir tidak.

Sekiranya saudara tidak berpenyakit, dan ingin mencegah dari mendapat penyakit, dos habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg hingga 1000mg sehari lebih dari mencukupi. Saya syorkan makan 500mg minyak habbatus sauda untuk dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.

Pengambilan habbatus sauda secara berterusan akan membunuh kuman-kuman di dalam badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga akan membuang toksik dan bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari kebiasaan. Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan beracun tersebut. Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan banyak, minimum 2L sehari.






Untuk info lanjut, sila layari :



No comments:

Post a Comment