Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:
”Gunakanlah
Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis
macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Habbatus
Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan
dikawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun
kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia
antarabangsa tidak banyak dibuat mengenai kelebihan dan khasiat habbatus sauda
ini.
Habbatus
Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan dan mempunyai banyak
kelebihan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat
batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi,
masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah,
mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
CIRI-CIRI UTAMA HABBATUSSAUDA
1. Nilai pemakanan dari Habbatus
Sauda
Habbatus
Sauda kaya dengan : monosaccharide
glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide fatty acid
yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA).
EFA tidak
boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
amino acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat
besi, dsb.
2. Sistem imunisasi daripada Habbatus
Sauda
Kajian yang
dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam
pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine
ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang
protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.
Oleh kerana
penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in
vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor.
Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan
ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies
Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi
beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang
lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus
Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk
pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang
menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi
lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.
Cara Pengambilan Habbatus Sauda
Rahsia
kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan pengambilan yang berterusan dan
dalam dos yang mencukupi. Ia mesti diamalkan secara berjadual dan konsisten.
Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit akan sembuh dari 3 bulan sehingga
1 tahun.
Bagi mereka
yang berpenyakit seperti kencing manis contohnya, untuk mendapatkan kesan yang
baik, ambillah 3-6g minyak habbatus sauda sehari dengan masa yang dijarakkan
dengan sekata. Contohnya makan 1g minyak habbatus sauda setiap 4 jam. Jadi,
dalam masa 24 jam kita akan memakan sebanyak 6g minyak habbatus sauda.
Saudara
dicadangkan mengambil minyak dan bukannya biji habbatus sauda kerana minyak
lebih mujarab (potent) dari biji. Untuk 6g minyak habbatus sauda, saudara
mungkin perlu memakan sekurang-kurangnya 6 sudu teh biji habbatus sauda.
Persoalannya, mampukah saudara berbuat begitu. Saya fikir tidak.
Sekiranya
saudara tidak berpenyakit, dan ingin mencegah dari mendapat penyakit, dos
habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg hingga 1000mg
sehari lebih dari mencukupi. Saya syorkan makan 500mg minyak habbatus sauda
untuk dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.
Pengambilan habbatus sauda secara berterusan
akan membunuh kuman-kuman di dalam badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga
akan membuang toksik dan bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang
lebih banyak dari kebiasaan. Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam
sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan
beracun tersebut. Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan banyak,
minimum 2L sehari.
Untuk info lanjut, sila layari :