Sunday, 22 November 2015

Khasiat, Kebaikan dan Kelebihan Habbatussauda @ Black Seed


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)




Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan dikawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat mengenai kelebihan dan khasiat habbatus sauda ini.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan dan mempunyai banyak kelebihan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.




CIRI-CIRI UTAMA HABBATUSSAUDA

1. Nilai pemakanan dari Habbatus Sauda
    Habbatus Sauda kaya dengan : monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
    polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA).
    
   EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan amino     acid yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.


2. Sistem imunisasi daripada Habbatus Sauda
    Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem           imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser,         AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.


3. Anti-histamine
    Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan               kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein               kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine.
    Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda               mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
    Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh     itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
    Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus Sauda             didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna         habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan       masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
    Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit           asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit             merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
    Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran         susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.




Cara Pengambilan Habbatus Sauda

Rahsia kesembuhan di dalam habbatus sauda ialah dengan pengambilan yang berterusan dan dalam dos yang mencukupi. Ia mesti diamalkan secara berjadual dan konsisten. Bergantung kepada penyakit, biasanya penyakit akan sembuh dari 3 bulan sehingga 1 tahun.

Bagi mereka yang berpenyakit seperti kencing manis contohnya, untuk mendapatkan kesan yang baik, ambillah 3-6g minyak habbatus sauda sehari dengan masa yang dijarakkan dengan sekata. Contohnya makan 1g minyak habbatus sauda setiap 4 jam. Jadi, dalam masa 24 jam kita akan memakan sebanyak 6g minyak habbatus sauda.

Saudara dicadangkan mengambil minyak dan bukannya biji habbatus sauda kerana minyak lebih mujarab (potent) dari biji. Untuk 6g minyak habbatus sauda, saudara mungkin perlu memakan sekurang-kurangnya 6 sudu teh biji habbatus sauda. Persoalannya, mampukah saudara berbuat begitu. Saya fikir tidak.

Sekiranya saudara tidak berpenyakit, dan ingin mencegah dari mendapat penyakit, dos habbatus sauda yang diperlukan tidaklah tinggi. Dos serendah 500mg hingga 1000mg sehari lebih dari mencukupi. Saya syorkan makan 500mg minyak habbatus sauda untuk dua kali sehari, iaitu pagi dan petang.

Pengambilan habbatus sauda secara berterusan akan membunuh kuman-kuman di dalam badan anda secara perlahah-lahan. Ia juga akan membuang toksik dan bahan-bahan kimia dari tubuh anda dengan kadar yang lebih banyak dari kebiasaan. Oleh itu saudara digalakkan untuk bersenam sehingga mengeluarkan peluh yang banyak bagi membantu mengeluarkan bahan-bahan beracun tersebut. Dan semestinya juga anda meminum air mineral dengan banyak, minimum 2L sehari.






Untuk info lanjut, sila layari :



Saturday, 21 November 2015

Keajaiban Buah Tin

Buah Tin Berdasarkan Islam







Buah tin atau dalam bahasa latin disebut juga Ficus carica merupakan sejenis buah yang berasal dari Asia Barat yang sangat terkenal dalam dunia Islam. Hal ini kerana buah tin disebut oleh Allah SWT dalam firman Allah SWT dalam Al Quran dalam surah At-tin iaitu ayat ke 95. Buah tin juga merupakan salah satu buah kesukaan Rasululah SAW. Diriwayatkan dari Abu Zar r.a. bahawa pada satu hari, Rasulullah mendapat hadiah satu bekas buah tin, kemudian Nabi Muhammad SAW mengajak sahabat- sahabat untuk makan dan Nabi pun juga ikut makan seraya berkata "Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah kerana buah- buahan syurga tidak berbiji.Oleh karena itu, makanlah buah ini. Sesungguhnya buah ini menghentikan penyakit buasir dan menyehatkan badan."


Dari sabda Rasulullah SAW tersebut, kita boleh simpulkan bahawa buah tin merupakan buah yang berasal dari syurga dan termasuk buah yang mengandungi manfaat di dalamnya dan telah disebutkan Rasulullah iaitu untuk mencegah penyakit dan menyihatkan badan, serta menghilangkan toksin yang berbahaya di dalam tubuh manusia. Di dunia ini, terdapat dua jenis buah tin iaitu buah tin basah dan buah tin kering. Perbezaan antara kedua jenis buah tin itu hanya pada kadar kalorinya. Jika pada buah tin kering, mengandung 6 kali kalori lebih banyak dari buah tin basah.



Buah Tin Dari Segi Saintifik

Buah tin merupakan golongan tumbuhan berasal dari jenis Ficus:
Adalah dari keluarga Tut Moraceae yang namanya diambil dari tut putih alba Morus, yang terakhir ini merupakan simbol dari keluarga tersebut. Menurut ahli Biologi pokok tin dari jenis Ficus terdapat 700 jenis, tersebar diseluruh pelosok dunia, umumnya paling banyak dikenali masyarakat luas adalah diantaranya jenis yang dipergunakan untuk dekorasi rumah, apartmen dan koridor-koridor bangunan seperti jenis Benjamina Ficus. Selain itu, terdapat juga pokok tin yang berjenis untuk menghias taman-taman seperti Ficus macrophylla. Ada juga jenis lain untuk penghias jalan dan seperti Ficus microcarpa yang banyak terdapat di Afrika Utara dan Timur Tengah. 



Jenis tin yang akan kita kaji disini adalah jenis Ficus carica, yang dikenali dalam darijah Marocain (Maroko) dan masyarakat Afrika Utara dengan “karmouss” yang masih segarnya dan "chereha" yang sudah dikeringkan, tumbuh banyak di daerah Laut Tengah dimana merupakan daerah asal pokok tin tersebut. 

Pokon Tin Jantan dan Betina

Sebagai fungsi utamanya mengawal buah matang yang 
 tumbuh dari pokok tin, dapat diklasifikasikan pokok ini 
 kepada dua jenis: 

Pokok jantan Cnaprifiguier, merupakan tempat lebah-lebah
 pembuah, dan buah dari pohon ini digunakan untuk reproduksi dan berkembang biak bagi lebah-lebah tersebut, serta buahnya tidak boleh dimakan manusia. Dan jenis pokok betina Figuier Domestique, yang menampung lebah-lebah yang membawa benih pembuahan pada bunga-bunga tin betina, dan menghasilkan buah tin yang matang dan lazat dimakan. 



Kelebihan Buah Tin



Buah tin sangat kaya dengan nutrisi dalam buahnya. Antara nutrisi tersebut antara lain protin, lemak, karbohidrat, vitamin, kalsium, zat besi, dan potassium. Kadar nutrisi buah tin adalah protin sebanyak 4.3 mg, serat 5.6 mg, energi 274 kkal, kalsium 126 mg, karbohidrat yaitu 63.4 mg, vitamin C sekitar 1 mg.

Oleh kerana buah tin kaya dengan berbagai nutrisi di dalamnya, maka buah tin juga sangat bermanfaat bagi kesihatan. Berikut merupakan manfaat buah tin bagi kesihatan dari berbagai sumber:
1. Buah tin boleh membunuh bakteria yang mengganggu kesihatan tubuh.
2. Dapat menurunkan kadar kolesterol tubuh.
3. Bagi anda yang sedang diet, buah tin sesuai untuk menurunkan berat  badan anda dan memudahkan proses diet sihat anda.
4. Menambah selera makan
5. Merangsang pembentukan hemoglobin dalam darah, sehingga sangat sesuai digunakan bagi pesakit anemia.
6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
7. Mengubati sembelit atau konstipasi
8. Buah tin bermanfaat memperkuatkan tulang dan sendi dan mempercepatkan perkembangan tulang dan gigi pada kanak- kanak kerana mengandungi banyak kadar kalsium.
9. Melawan sel- sel kanser yang berkembang dalam       tubuh manusia
10. Membantu bernafas normal bagi penderita sesak nafas   atau asma

Untuk info lanjut, sila layari:








Manfaat Madu Lebah

Rahsia Madu 


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia." [QS. An-Nahl : 68]

Madu dan lebah memiliki keistimewaan yang luar biasa sehingga tercantum dalam surat tersendiri di dalam Al-Quran. Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan Muslim terkemuka di era keemasan Islam, iaitu Ibnu Sina (890-1037). Bapa kedoktoran dunia dan pemikir muslim agung di abad ke-10 M itu tercatat sebagai doktor yang mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia kedoktoran.

Selama ini, orang lebih mengenali madu sebagai produk lebah yang paling popular dan berkhasiat dalam mengatasi berbagai penyakit. Namun, jika kita mengambil hikmah dari surat An-Nahl ayat 69, kita akan mengetahui produk lebah yang dapat dijadikan ubat tidak terbatas hanya pada madu sahaja. Produk perlebahan selain madu dapat berupa royal jelly, tepung sari (bee pollen) dan propolis lebah.



Madu Sebagai Antibiotik

Fungsi/ khasiat madu sebagai antibiotik alami sudah lama diketahui dan digunakan. Tetapi penjelasan dan penelitian ilmiah modern belum lama dapat mengungkapkan rahsia kandungan dalam madu yang memiliki fungsi sebagai zat antibiotik alami.

Setelah ribuan tahun digunakan, khasiat madu sebagai ubat luka terungkap secara ilmiah. Madu bekerja sebagai antibiotik alami yang boleh mengalahkan bakteria yang berbahaya. Madu berfungsi untuk membantutkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Madu menghasilkan hidrogen peroksida yang merupakan antiseptik luar biasa. Proses osmosis di dalam madu membasmi bakteria. Kelebihan madu yang sedikit mengandungi air menghasilkan proses osmosis menyerap air dari bakteria pada luka dan luka bakar. Madu mengeringkan bakteria sehingga bakteria sulit tumbuh.

Kandungan zat antibiotik yang terdapat di dalam madu memang diketahui mudah rosak akibat pemanasan kerana memasak madu. Manfaat madu mentah atau madu yang tidak diolah dengan dimasak sehingga jumlah kandungan antibiotik alami dalam madu asli lebah ini masih sediakala, akan dapat mencegah munculnya resistensi bakteria dan virus terhadap ubat kimia antibiotik bagi yang mengambilnya.
Untuk mereka yang menggunakan ubat antibiotik kimia dalam jangka waktu lama biasanya bakteria akan kebal terhadap obat tersebut ketika orang yang memakan antibiotik kimia ini akan menggunakan ubat antibiotik dengan dos yang sama. 


Cara Amalan Rasulullah Makan Madu



Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini bertujuan  amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi. 


Aisyah meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis dan sejuk" Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Kajian menunjukkan kaedah atau cara terbaik adalah dengan mengambil 1-2 sudu madu lebah dan masukkan kedalam segelas air suam panas dan kacau sehingga sebati. Sebagai orang muslim sebaiknya dimulakan dengan selawat dan doa dahulu untuk mendapatkan berkatnya. Kalau mahu boleh juga minum terus madu lebah kemudian diikuti dengan minum air suam kepada mereka yang suka akan kemanisannya.










Antara kelebihan madu yang lain adalah untuk kesihatan kulit. Sila klik pada link di bawah untuk info lanjut:



Thursday, 19 November 2015

Rahsia & Khasiat Minyak Zaitun

Rahsia & Khasiat Minyak Zaitun


Nabi s.a.w. telah berpesan agar kita menggunakan zaitun sebagai minyak. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, ada enam belas pakar kedoktoran paling tersohor di dunia berkumpul di Roma pada tanggal 21 April 1997 M, untuk menerbitkan beberapa pengarahan dan keputusan bersama tentang tema “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”.

Dalam pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahwa penggunaan minyak zaitun dapat memberikan perlindungan tubuh dari serangan penyakit jantung koroner, kenaikan kolesterol darah, kenaikan tekanan darah, serta sakit diabetes dan obesites, di samping minyak zaitun juga berkhasiat mencegah terjadinya beberapa jenis kanser.

Minyak Zaitun Mengurangi Kolesterol Berbahaya

Berbagai kajian membuktikan adanya fakta yang tidak menafikan keraguan lagi, bahawa minyak zaitun menurunkan total kadar kolesterol dan kolesterol berbahaya, tanpa mengurangi kandungan kolesterol yang bermanfaat.

Minyak Zaitun Mengurangi Risiko Terjadinya Penyumbatan (Trombosis) dan Penebalan (Arteriosklerosis) Pembuluh Darah.
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan pada bulan Disember tahun 1999 M di Majalah AMJ CLIN NUTRL para peneliti menyatakan bahawa nutrisi yang kaya kandungan minyak zaitun akan dapat mengurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan terhadap terjadinya pembekuan darah, dan seterusnya mengurangi terjadinya penebalan pembuluh nadi jantung.

Satu kajian yang dijalankan di Sepanyol baru-baru ini menunjukkan bahawa minyak dara zaitun asli dapat membantu mencegah dan merawat radang perut yang disebabkan oleh bakteria (H-PYLAR) yang sering mengakibatkan jutaan kes ulser peptik. Baru-baru ini juga, satu kajian awal menunjukkan bahawa anti-oksida dalam minyak zaitun mungkin mempunyai tindakbalas ke atas serangan bakteria di lapisan perut. Ia juga dapat melembabkan kulit muka, jika dicampurkan dengan yogurt tanpa lemak dan diletakkan pada muka selam 15 minit. Ia juga boleh digunakan pada rambut bagi melambatkan uban, berkesan dalam melegakan sakit sendi dan membunuh cacing dalam perut.

Cara pemakanan :

Campurkan satu sudu minyak zaitun pada masakan seperti nasi atau salad untuk menapis gejala kurang sihat.

Dari sudut Agama

Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin:
 "Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, iaitu "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun." Demikianlah, buah zaitun disebut dalam al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Dalam al-Quran, buah zaitun disebut sebanyak tujuh kali; dua kali disebut zaitun bersendirian, lima kali disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima, anggur dan buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun
 yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun nama botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.

Dalam surah al-Nur ayat 35, Allah menyebut tentang buah zaitun, yang mana para ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun. Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin
 Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat."

Begitu juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekali gus minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang diberkati."Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia bersifat kering adalah tidak benar. Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling stabil. Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat sejuk dan kering. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai kualiti sederhana. Minyak yang diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna hitam mampu memberikan kehangatan sekali gus kelembapan dengan stabil.Antara khasiat minyak zaitun, ia boleh mengatasi racun, melapangkan perut dan mengeluarkan cacing. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik untuk kesihatan kulit terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat. Zaitun boleh menghaluskan kulit dan melambatkan pertumbuhan uban. Dengan menggunakan minyak zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar. Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu setiap kali selepas mandi pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap, sehingga tidak perlu bimbang ia melekit. Jus zaitun yang dicampur garam boleh menguatkan gusi. Daunnya boleh meredakan dan merawat demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh berlebihan.

Dari Sudut Saintifik

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains, tidak dinafikan banyak yang mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun adalah antara minyak yang bernilai tinggi dalam bidang kesihatan. Selain minyak zaitun bertindak sebagai penambah zat makanan, ia juga bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Minyak zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai pelicin, ia sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
 Menurut al-Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda, "Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati."
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagao "monounsaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya dalam darah. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, mengkaji perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran, mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya.

Khasiat Minyak Zaitun menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah
bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh sebab itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walau bagaimanapun semua jenis minyak zaitun boleh melembutkan kulit serta melambatkan penuaan.Minyak zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai laxative dan menyingkir cacing di dalam badan. Pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung. Minyak zaitun banyak digunakan sebagai bahan asas produk kecantikan dan ramuan kosmetik. Minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai minyak masak. Walaupun banyak berpendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidak sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan.

Minyak masak selain yang berasaskan zaitun jika digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulang kali dan tidak mengalami proses pengoksidaan serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Melihat pada keadaan dan tahap kesihatan umum terkini, penyakit jantung yang dikatakan sebagai pembunuh secara senyap boleh dikurangkan. Pengambilan minyak zaitun boleh mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan phenol. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi dan mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Ambillah minyak zaitun dan sapu ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga juzam (kusta)."Justeru, khasiat buah zaitun merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja ia disebut dalam al-quran malah pakar-pakar sains juga mengiktiraf keistimewaannya.

Untuk info lanjut berkaitan minyak zaitun, sila layari link di bawah:

KHASIAT DAN KELEBIHAN CUKA KURMA(KHAL)

KHASIAT DAN KELEBIHAN CUKA KURMA(KHAL)


APA ITU KHAL?


KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.


Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Baginda SAW ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Kandungan Cuka Kurma:-



Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).
Kebanyakan orang belum mengetahui khasiat "CUKA KURMA"

"BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY"
KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN



Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit).
Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM



Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.
Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-


a) dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser

b)  membuang darah kotor & melancar aliran darah
c)  mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
c)  melancarkan pergerakan usus
d)  merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
e)  memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
f)  menurunkan tahap kolesterol
g)  mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
h)  membakar kalori dgn cepati
i)   membuang toksin
j)   merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
k)  penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
l)   mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
m) merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
n)  mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
o)  melancarkan pengeluaran susu ibu
p)  melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
q)  memperbaiki fungsi limpa
r)  menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Sila klik link di bawah untuk info lanjut: